Tidak semua Muslimah menutup aurat walaupun menutup aurat itu sinonim dengan Muslimah.
Sedangkan anjuran menutup aurat ini diperintahkan dalam al-Quran, Surah Al-Nur, ayat 31 mafhum firman Allah S.W.T :
Menutup aurat itu tidak susah jika rasa malu telah menghuni hati Muslimah. Namun jika pelbagai alasan mengiringi seruan menutup aurat, maka mulalah rasa berat melakukannya." Katakanlah kepada wanita yang beriman : Hendaklah mereka menahan pandangannya dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayang laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukul kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang beriman supaya kamu beruntung."
PANDUAN MUDAH BUSANA PATUH SYARIAH
- Tidak nipis
- Menutup seluruh bahagian badan yang dikira aurat
- Tidak memperlihatkan bentuk badan
- Tidak menyerupai pakaian lelaki
- Tidak menyerupai pakaian wanita bukan Islam
- Bukan pakaian syuhrah (unsur2 yg membangga2 dan menunjuk2)
" Hai anak adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat."Pakaian taqwa ialah pakaian yang memenuhi ciri-ciri bertaqwa kepada Allah, patuh kepada larangan dan ancaman Allah.
Akhir kalam, ringankanlah hati dan anggota badan untuk menuruti dan mematuhi suruhan Islam agar wanita Muslimah sentiasa memelihara aurat dari ancaman dosa dan maksiat. Persepsi sebahagian besar umat Islam, menutup aurat itu hanya dengan menutup kepala sahaja. Selain itu, perkara yang sering diabaikan ialah kaki.
Bagi wanita Muslimah, tutuplah auratmu sebelum keluar rumah untuk apa2 urusan sekalipun.
Sumber : Majalah Solusi : Panjangkan Usiaku : Fiqah Wanita : Busana Patuh Syariah (Husna Hassan)
p/s : sy edit sket2 je..sy sarankan bacalah Majalah Solusi.pelbagai manfaat dan pengisian yang senang difahami..